Tuesday 19 November 2013

The BEST of PLAIN WATER


Air amat penting bagi kita semua. Kita perlu minum segelas air yang berkualiti pada waktu pagi
untuk menjadi sihat dan cantik. Kandungan air yang cukup dalam tubuh badan menjamin
kesihatan yang baik. Oleh itu, kita perlu minum air secukupnya atau lebih kurang 7 – 8 gelas air
sehari. Air akan melembapkan kulit supaya kulit menjadi licin dan halus. Segelas air yang
pertama pada waktu pagi adalah paling penting. Kebanyakan kita mungkin mempunyai tabiat
minum segelas air sebaik sahaja bangun dari tidur. Namun begitu, adakah kita tahu akan cara
yang betul minum segelas air yang pertama ini?

Lima manfaat utama minum air pada waktu pagi :

1. Menggantikan kandungan air dalam badan
Air dibebaskan dari tubuh badan manusia melalui
kulit, penafasan dan air kencing pada waktu malam
semasa tidur. Kira-kira 450ml air akan dibebaskan
dari tubuh manusia. Oleh itu, tubuh manusia akan
kekurangan air selepas bangun tidur.Minum air pada
waktu pagi akan menggantikan kandungan air yang
terbebas ini.

2. Mencegah masalah sembelit
Minum air selepas bangun tidur menggalakkan
peristalsis, melembapkan gastrousus dan mencegah
masalah sembelit.

 3. Membersih gastrousus
Lazimnya perut kita kosong semasa bangun tidur. Oleh itu, minum air pada ketika ini
akan membersihkan gastrousus dan mengurangkan kepekatan asid perut. Gastrousus
akan berada dalam keadaan optimal.

4. Menyegarkan minda
Air yang diminum sebaik sahaja bangun tidur akan mudah diserap ke dalam darah
melalui kapilari darah usus. Ini akan mengurangkan kepekatan darah dan
menambahkan jumlah darah dalam badan. Peredaran darah akan menjadi lebih lancar
dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular serta menyegarkan minda kita
dengan cepat.

5. Tujuan kecantikan
Air yang diminum sebaik sahaja bangun tidur akan diangkut ke seluruh badan. Ia akan

membantu peredaran darah dan menggalakkan metabolisme badan.

No comments:

Post a Comment