Tuesday 19 November 2013

The BEST of PLAIN WATER


Air amat penting bagi kita semua. Kita perlu minum segelas air yang berkualiti pada waktu pagi
untuk menjadi sihat dan cantik. Kandungan air yang cukup dalam tubuh badan menjamin
kesihatan yang baik. Oleh itu, kita perlu minum air secukupnya atau lebih kurang 7 – 8 gelas air
sehari. Air akan melembapkan kulit supaya kulit menjadi licin dan halus. Segelas air yang
pertama pada waktu pagi adalah paling penting. Kebanyakan kita mungkin mempunyai tabiat
minum segelas air sebaik sahaja bangun dari tidur. Namun begitu, adakah kita tahu akan cara
yang betul minum segelas air yang pertama ini?

Lima manfaat utama minum air pada waktu pagi :

1. Menggantikan kandungan air dalam badan
Air dibebaskan dari tubuh badan manusia melalui
kulit, penafasan dan air kencing pada waktu malam
semasa tidur. Kira-kira 450ml air akan dibebaskan
dari tubuh manusia. Oleh itu, tubuh manusia akan
kekurangan air selepas bangun tidur.Minum air pada
waktu pagi akan menggantikan kandungan air yang
terbebas ini.

2. Mencegah masalah sembelit
Minum air selepas bangun tidur menggalakkan
peristalsis, melembapkan gastrousus dan mencegah
masalah sembelit.

 3. Membersih gastrousus
Lazimnya perut kita kosong semasa bangun tidur. Oleh itu, minum air pada ketika ini
akan membersihkan gastrousus dan mengurangkan kepekatan asid perut. Gastrousus
akan berada dalam keadaan optimal.

4. Menyegarkan minda
Air yang diminum sebaik sahaja bangun tidur akan mudah diserap ke dalam darah
melalui kapilari darah usus. Ini akan mengurangkan kepekatan darah dan
menambahkan jumlah darah dalam badan. Peredaran darah akan menjadi lebih lancar
dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular serta menyegarkan minda kita
dengan cepat.

5. Tujuan kecantikan
Air yang diminum sebaik sahaja bangun tidur akan diangkut ke seluruh badan. Ia akan

membantu peredaran darah dan menggalakkan metabolisme badan.

Saturday 16 November 2013

The COLOURFUL of ANTIOXIDANT



Antioxidants are substances that are capable of counteracting the damaging, but normal, effects of the physiological process of oxidation in animal tissue. 

Oxidative stress occurs when the production of harmful molecules called free radicals is beyond the protective capability of the antioxidant defenses. 

Berries

In addition to being deliciously sweet, berries such as raspberries, blueberries and strawberries offer an abundance of  antioxidant capacity. Blueberries, raspberries and blackberries are rich in proanthocyanidins, antioxidants that can help prevent cancer and heart disease. Eat them frozen in a morning smoothie, toss a handful over your morning yogurt or cereal or enjoy them as an afternoon snack.

Broccoli

Broccoli definitely takes the gold medal for most nutritious vegetable. This cruciferous vegetable contains more vitamin C than an orange and has more calcium than a glass of milk. In addition to minerals and vitamins, broccoli is filled with disease-fighting chemicals called phytonutrients. Sulforaphane, a phytonutrient found in broccoli, has been shown to lower the risk of many types of cancers. Try steaming or boiling broccoli and seasoning with basil, lemon or salsa for a delicious side dish. This powerhouse vegetable is a perfect addition to omelettes, salads or stir-fry.

Garlic 

Garlic is used around the world as a delicious flavouring agent for any dish. The health benefits of garlic have been well touted for centuries, and raw garlic has been used as a natural antibiotic to kill off some strains of harmful bacteria. Garlic is also useful for decreasing blood pressure and cholesterol, removing heavy metals from the body, preventing cancer and acting as an antifungal and antiviral agent. One clove of garlic contains vitamins A, B and C, selenium, iodine, potassium, iron, calcium, zinc and magnesium.

Green tea 

Green tea contains high concentrations of catechin polyphenols. These compounds work in the body with other chemicals to heighten levels of fat oxidation and thermogenesis (a state created in the body by burning fat as fuel). On average, you should try to consume a minimum of three cups of green tea per day for weight loss effects. Green tea has also been shown to be preventative against cancer, heart disease and high cholesterol. 

Tomatoes 

Tomatoes are by far the richest source of a powerful anticancer agent called lycopene. In fact, research has shown lycopene to be an even more powerful disease fighter than vitamin E and beta carotene. Lycopene needs fat for optimal absorption to occur. Therefore, putting the healthy fat olive oil in your spaggeti sauce is an excellent trick to increase your lycopene levels. Start including more tomatoes in your diet in the form of sliced, whole, canned, stewed or sauced tomatoes or tomato paste. 

In addition to the list above, red grapes, spinach , carrots and whole grains also offer plentiful antioxidant content. Remember – eat live to feel live and you will be on your way to a future of health, energy and wellness! 


Thursday 7 November 2013

Si Pisang


FAKTA 1 # Pisang mengandungi vitamin C

Pisang bukan sahaja membantu sistem imunisasi malah menggalakkan kulit yang sihat dan menawan.

Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutamanya bagi menegang serta melembapkan kulit muka yang boleh menjadikan wajah lebih berseri.

FAKTA 2 # Pisang mampu buat anda gembira

Protein dalam pisang yang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin adalah sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan mood dan secara keseluruhannya membuatkan kita gembira. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.

FAKTA 3 # Meredakan ketidakselesaan perut

Kita sering mengalami masalah perut tidak selesa apabila bangun pagi akibat makan banyak sebelum tidur. Beberapa hirisan pisang atau pun minum pisang yang dikisar mampu meredakan dan 'menenangkan' perut sekali gus memulihkan rasa tidak selesa.

FAKTA 4 # Hindari stress

Apabila stress atau menghadapi tekanan, kadar metabolik kita akan meningkat. Pada masa yang sama menurunkan paras potassium dalam badan. Pisang mengandungi potassium yang tinggi yang mampu membantu mengembalikan kadar potassium dalam badan kepada paras normal. Degupan jantung dan aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.

FAKTA 5 # Merangsang otak

Pisang membantu merangsang fungsi otak yang disebabkan oleh potassium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potassium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.

FAKTA 6 # Penampilan menawan

Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.




Monday 4 November 2013

apa tu HEALTHY LIFESTYLE??

"diet tu x makan terus ke?"
"diet tu makan sikit je ke??"
"xboleh makan malam sbb nanti takut gemuk.."
"xnak la makan nasi nanti takut jadi gemuk.."

ALL ABOUT DIET USUALLY PEOPLE ONLY TALK ABOUT FOOD, FOOD & FOOD.. hmmm..
apa tu diet sebenaqnya?? nak sihat x? jomm! :)



Pyramid oh pyramid

MALAYSIA FOOD PYRAMID

* TADAAA!! this is pyramid that i usually use.. i'm Malaysian, and of course i practice my diet using this food pyramid.. its look so variety right?? just follow the recommendation and please don't over/under eating guys.. >< 

Actually food pyramid have been used as a guideline or also can be said as visual guide to healthy eating in many of country in the world. kat bawah ni ada some of example jenis2 food pyramid yg digunakan di beberapa buah negara. 


USDA FOOD PYRAMID


    
CHINA FOOD PYRAMID


 JAPANESE FOOD PYRAMID



MEDITERRANEAN FOOD PYRAMID




VEGAN FOOD PYRAMID

Menarik kan2..:D lain negara lain jenis makanannya.. apa2 pn semuanya ada 1 matlamat, " food pyramid as a visual guide for proper nutrition intake"

Makanan Terbaik Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah

1. Buah Delima

Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya." - Surah Al- An'am ayat 99

Khasiat buah delima:
·         Kaya dengan unsur zat besi. 
·         Proses pembinaan darah merah. Mengurangkan risiko penyakit anemia. 
·         Mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan yang lain.
·         Mengandung potassium yang besar isipadunya.
·      Mengandungi mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindak bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degup jantung agar tetap normal.
·         Meningkatkan kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur.
·         Mencegah edema dan mengurangi kadar gula di dalam darah. 
·         Buah delima juga dapat menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.


2. Kismis

Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadith yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut." 

Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.


Khasiat kismis:
·         Menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
·      Kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih. 
·         Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.


3. Kurma

Firman Allah SWT dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."


 Khasiat kurma:
·         Terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu. 
·         Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. 
·         Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum tulang.
·       Makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.



4. Habbatus sauda'

Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." - Hadith Riwayat Hadith dan Muslim.


 
Khasiat habbatus sauda’:
·         Terapi untuk mengaktifkan enzym adenylylclase yang bertanggungjawab terhadap perubahan spesifik dalam peringkat-peringkat usia.
·         Terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati) - Hadith Sahih Bukhari Muslim.


5. Za'faran

Sayidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir. "

 
Khasiat za’faran / saffron:
·        Sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin).
·     Membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang dan juga peransang tenaga batin. 
·         Membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.


6. Madu

Firman Allah: "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" - Surah An-Nahl ayat 68-69.


Khasiat madu:
·     Mengandungi aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik. 
·         Kandungan karbohidrat dalam madu adalah yang tertinggi di antara produk-produk ternak yang lain seperti susu, telur, daging dan mentega. 
·         Penawar bagi kebanyakan penyakit (dengan izin Allah).


7. Zaitun

Firman Allah: "Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" - Surah Al-Mukminin ayat 20.


Khasiat zaitun:
·         Penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
·         Membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
·         Bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. 
·         Mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.


8. Buah Tiin

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”


Khasiat buah tiin:
·         Mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan.
·         Satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan. 
·         Dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik). 
·         Tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.

Hello November!!


Its not too late i think to say hello November!!
Change the negative things you feel you have for a healthy lifestyle


   


                          



Thursday 31 October 2013

Think! Think! Think!! ANYTHING about DIET

                           

                      




                       

                      









                         

Sunday 27 October 2013

Penipuan Makanan oleh Yahudi

Bijak betul Yahudi memperdayakan kita sebagai umat Islam.. dari sebesar2 benda sehinggalah sekecil2 perkara yg slalu kita terpandang lepas kan.. haa.. nak taw ap?? F.O.O.D. 

"hadis Rasullulah: “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

yang pertama,
  •  mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
yang kedua,
  • Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
yang ketiga,
  • Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
yang keempat, 
  •  Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
yang kelima,
  • Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
yang keenam,
  • Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

klu nak diikutkan, generasi ipad, iphone zaman skrg ni lebih tahu tentang input2 mcm ni.. TAPI majoritinya xmempraktikkan perkara yang betul.. betul kan anak2 semua? haa.. lagi 1, jgn hanya terima semua fakta tu sebagai TEPAT.. ap yg penting haruslah MENGKAJI.. :)

kopi VS soya


KOPI ke SOYA?? 

Kita diajar minum soya bagus untuk kesihatan
Hakikat sebenarnya soya menjejaskan sistem badan
Meningkatkan risiko kanser ovari + prostat
Mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan
Melemahkan otak dan tulang
Kerana adanya phytic asid yang membuat sistem badan terjejas
Maka tidaklah pelik US merupakan pengeluar terbesar soya
Mereka mempunyai agenda menjahanamkan Islam secara luar sedar.

Kita juga disogok yang kopi tidak baik untuk kesihatan
Namun perlu kita tahu kopi juga adalah minuman kesukaan Nabi SAW selain susu kambing.
Perhatikan cara-cara pemakanan Yahudi laknatullah
Mereka penggemar kopi dan starbuck
Professor di UK yang berdarah laknatullah semuanya pasti bersama segelas kopi
Mereka hebat kerana mengamalkan sunnah
Sedangkan Islam diajar membenci dan menjauhi sunnah
Di sini pentingnya amal jama'ie bermula dengan individu muslim
Membetulkan pelbagai aspek supaya kembali membina sistem Islam yang benar.

Haa.. lepas ni sape2 yang suka minum soya tu fikir-fikirkan la.. fikir untuk kesihatan anda.. :)



Monday 21 October 2013

Jom! Amal Diet Rasulullah.. ^^

Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
* Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.

* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
* Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.





* Jangan makan buah bersama susu: – dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

* Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
* Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.

* Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

* Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

* Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

* Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.

* Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.

* Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.

* Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum.Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.

* Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.

* Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

* Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Miminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian awek muda.

* Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).

* Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamahi hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:
’Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut Nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu. (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Orang itu menjawab: Benar, Ya Rasulullah! Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

* Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.

* Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).
“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat. (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

* Bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.

* Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.

Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: ” tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).
Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).

* Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracaun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memaka najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya).Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.

* Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 ptg sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 mlm).

* Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh).

* Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

* Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu).