1. Buah Delima
Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya." - Surah Al- An'am ayat 99
Khasiat buah delima:
·
Kaya dengan unsur zat
besi.
·
Proses pembinaan darah
merah. Mengurangkan risiko penyakit anemia.
·
Mempunyai kadar
antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan yang lain.
·
Mengandung potassium
yang besar isipadunya.
· Mengandungi
mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, vitamin A, B1,
B2, B3, dan C. Bertindak bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air
tubuh dan menjaga degup jantung agar tetap normal.
·
Meningkatkan kepekaan
saraf dan otot agar berfungsi secara teratur.
·
Mencegah edema dan
mengurangi kadar gula di dalam darah.
·
Buah delima juga dapat
menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.
2. Kismis
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadith yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut."

Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa
memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka
dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Khasiat kismis:
·
Menguatkan jantung,
menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
· Kismis dapat
menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,
menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan
letih.
·
Kismis juga dapat
meningkatkan keupayaan untuk menghafal.
3. Kurma
Firman Allah SWT dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."

Khasiat kurma:
·
Terkawal daripada
kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.
·
Unsur zat besi dan
kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi
membentuk susu ibu.
·
Ianya juga berperanan
dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum
tulang.
· Makanan yang paling
pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan
ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
4. Habbatus sauda'
Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." - Hadith Riwayat Hadith dan Muslim.
Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." - Hadith Riwayat Hadith dan Muslim.
Khasiat habbatus sauda’:
·
Terapi untuk
mengaktifkan enzym adenylylclase yang bertanggungjawab terhadap perubahan
spesifik dalam peringkat-peringkat usia.
·
Terdapat penawar bagi
segala penyakit kecuali As-Saam (mati) - Hadith Sahih Bukhari Muslim.
5. Za'faran
Sayidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir. "

Khasiat za’faran /
saffron:
· Sangat kaya dengan
vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin).
· Membantu menyempurnakan
proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan
darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung,
mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang dan juga peransang
tenaga batin.
· Membina daya ketahanan
menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.
6. Madu
Firman Allah: "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" - Surah An-Nahl ayat 68-69.
Firman Allah: "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" - Surah An-Nahl ayat 68-69.
Khasiat madu:
· Mengandungi aneka zat
makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin,
pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik.
·
Kandungan karbohidrat
dalam madu adalah yang tertinggi di antara produk-produk ternak yang lain
seperti susu, telur, daging dan mentega.
·
Penawar bagi kebanyakan
penyakit (dengan izin Allah).
7. Zaitun
Firman Allah: "Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" - Surah Al-Mukminin ayat 20.
Firman Allah: "Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" - Surah Al-Mukminin ayat 20.
Khasiat zaitun:
·
Penambah zat makanan,
mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
·
Membantu pesakit gastrik
dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
·
Bertindak sebagai
pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis
seterusnya dapat meremajakan kulit.
·
Mengandungi asid lemak
tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan
kolesterol berbahaya di dalam darah.
8. Buah Tiin
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Khasiat buah tiin:
·
Mengurangkan penyakit
sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul
serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan.
·
Satu langkah pencegahan
untuk melawan racun di dalam badan.
·
Dikenali sebagai bahan
pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing
(diuretik).
·
Tidak mengandungi garam,
lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian
yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.
No comments:
Post a Comment