FAKTA 1 # Pisang mengandungi vitamin C
Pisang bukan sahaja membantu sistem imunisasi malah menggalakkan kulit yang
sihat dan menawan.

Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan
kecantikan terutamanya bagi menegang serta melembapkan kulit muka yang boleh
menjadikan wajah lebih berseri.
FAKTA 2 # Pisang mampu buat anda gembira
Protein dalam pisang yang dikenali sebagai triptofan ditukar
kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin adalah sejenis bahan yang mampu
menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan mood dan secara keseluruhannya
membuatkan kita gembira. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati
keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada
positif.
FAKTA 3 # Meredakan ketidakselesaan perut
Kita sering mengalami masalah perut tidak
selesa apabila bangun pagi akibat makan banyak sebelum tidur. Beberapa
hirisan pisang atau pun minum pisang yang dikisar mampu meredakan dan
'menenangkan' perut sekali gus memulihkan rasa tidak selesa.
FAKTA 4 # Hindari stress
Apabila stress atau
menghadapi tekanan, kadar metabolik kita akan meningkat. Pada masa yang sama
menurunkan paras potassium dalam badan. Pisang mengandungi potassium yang
tinggi yang mampu membantu mengembalikan kadar potassium dalam badan kepada
paras normal. Degupan jantung dan
aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.
FAKTA 5 # Merangsang otak
Pisang membantu merangsang fungsi otak yang disebabkan
oleh potassium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati
potassium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. Cuba makan
sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia
mungkin membantu.
FAKTA 6 # Penampilan menawan
Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan
sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan
yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan
kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada
muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil
yang memuaskan.
baru je nak post pasal pisang..hehe tapi xpe, bnyak g buahan lain kan sabira?
ReplyDelete